Ahli Bait

Ahli Bait

Thursday 6 August 2009

YAUMUL JUMA'AH SAY'YIDUL AYYAM...


Hari jumaat adalah hari yang paling mulia.
Disebutkan juga hari jumaat adalah lebih utama dari hari-hari yang lain " Sayyidul Ayyam " iaitu ( Penghulu segala hari )

Salah satu sebab kenapa hari jumaat menjadi keutamaan
atau penghulu segala hari adalah kerana pada hari itu sahaja ada nya solat jumaat,tiada pada hari khamis sabtu ahad dan hari-hari yang lain.Solat jumaat juga yang mana
mewajibkan semua umat islam khususnya bg lelaki untuk
solat jumaat dan mendengar khutbah selain untuk
berkumpul,berbincang bertanyakan kabar sesama sahabat muslim.

Solat jumaat juga bnyak keistimewaanya yang mana
solat jumaat tidak dianggap sah jika tiada khutbah sebelumnya.
Dan bagi lelaki yang mukhallaf jika tidak menunaikan solat jumaat dengan sengaja selama tiga kali berturut-turut adalah terbatal syahadahnya..

Seperti yang kita ketahui banyak perkara penting yang
baik berlaku pada haru jumaat diantaranya:

-Diciptakan dan wafatnya Nabi Adam A.S
-Diturunkan Nabi Adam ke muka bumi
-Rasullullah berkahwin dengan Siti Khadijah dan juga Sidatina Aisyah
-Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis
-Semua roh-roh orang islam berkumpul
-terdapat waktu yang mustajab
-Awal kehancuran alam semesta ( kiamat )
= dan banyak lagi la kalau nak ditulis.....

Selain itu pada hari jumaat juga kita digalakkan untuk melakukan
amalan-amalan sunat seperti mandi jumaat,memakai pakaian bersih putih,memakai wangi-wangian,memotong kuku-rambut dan yang sewaktu dgnnya,mencukur kumis dll..

Amalan lain yang perlu juga kita lakukan
pada hari tersebut seperti membaca surah Al-khafi surah Yasiin,memperbanyakkan
berselawat dan membaca surah ikhlas..dan kita juga digalakkan memaafkan orang lain beristighfar dan bermuhasabah diri...

Di dalam HADIS, Abdullah bin Munzir meriwayatkan bahawa Rasullulah S.A.W telah besabda :

"Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari Raya Fitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu : Penciptaan Adam. Pada hari itu juga dikeluarkan dia dari syurga. Pada hari itu juga, dia wafat. Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram. Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat".

Hadis Riwayat Ibnu Majah & Al-Baihaqi

Oleh iti marila kita bersama-sama ingat mengingati sesama kita untuk
melakukan amalan ibadah yang terbaik.Berpesan pesanla
seseorang itu dangan amalan yang mulia....


WALLAHUALAM.....

0 comments:

Post a Comment