Ahli Bait

Ahli Bait

Tuesday 17 November 2009

10 WASIAT LUQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAK-ANAKNYA



1. JANGAN MENYENGUTUKAN ALLAH SWT

Menyengutukan Allah SWT merupakan dosa paling besar yang tidak dapat keampunan daripada Allah SWT. Kita hendaklah meletakkan pergantungan hanya kepada Allah SWT sahaja kerana Dialah yang Maha berkuasa ke atas segala sesuatu di dunia dan di akhirat.

2. BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA

Pengorbanan Ibu-bapa terhadap anak-anak terlalu banyak oleh itu sebagai anak, hendaklah berusaha menjadi anak yang disayangi dan sentiasa mendoakan mereka, “Wahai tuhanku, kasihanilah kedua Ibu-bapaku sebagaimana mereka telah mendidikku sewaktu aku kecil”.

3. SEDAR AKAN PENGAWASAN ALLAH SWT

Allah SWT nampak setiap perkara yang berlaku walau sekecil atau sehalus mana sekalipun. Ingatlah bahawa setiap perbuatan akan didedahkan di akhirat kelak. Allah SWT maha mengetahui segala-galanya kerana tidak ada amal perbuatan manusia yang terlepas dari pengawasan Allah SWT.

4. MENDIRIKAN SOLAT

Setiap mukallaf wajib mendirikan solat dengan sempurna yakni dengan khusyuk kerana ia akan dapat mencegah seseorang itu daripada melakukan kemungkaran. Inilah golongan orang-orang yang beruntung dan berjaya di dunia dan di akhirat.

5. MENYERU BERBUAT BAIK

Tidak ada yang lebih mulia selain daripada mengajak manusia kepada kebaikan. Jangan bertangguh-tangguh untuk berbuat kebaikan, dengan ini sepanjang hayat kita akan terisi dengan kebaikan semata-mata.

6. MENCEGAH KEMUNGKARAN

Kita hendaklah berani mencegah kemungkaran. Orang yang tidak mencegah kemungkaran merupakan orang yang tidak mempunyai harga diri dan akan mendapat kutukan daripada Allah SWT lantaran sikap mereka itu.

7. SABAR MENGHADAPI DUGAAN UJIAN HIDUP

Kita wajib bersabar terhadap hal-hal yang menimpa kita sebagai ujian hidup. Itu adalah tanda seseorang itu mempunyai keimanan yang kuat. Kunci kemenangan terhadap segala tentangan atau rintangan adalah sabar.

8. TIDAK BERLAGAK SOMBONG

Sifat sombong hanya layak bagi Allah SWT tetapi tidak pada manusia. Oleh itu, Allah SWT amat murka pada orang yang menyombong diri, seseorang yang sombong akan hilang harga dirinya dan akan rendah martabatnya.

9. INGATLAH BAHAWA MANUSIA ITU AKAN MATI

Orang yang cerdik ialah orang yang sentiasa mengingati mati dan bersedia untuknya. Kita hendaklah sentiasa muhasabah diri dan segera bertaubat apabila melakukan dosa, kerana mati itu akan datang pada bila-bila masa sahaja.

10. MERENDAHKAN SUARAMU

Apabila berbicara janganlah meninggikan suara. Jangan sampai ada orang lain yang merasa terganggu dengan suara kita. Berbicaralah dengan suara yang sedap didengar dan dengan suasana yang tenang.

(Rujukan Surah Luqman, ayat 13-19)

Tuesday 8 September 2009

NUZUL QURAAN


Tanggal 17 Ramadhan merupakan hari yang besar dan yang utama untuk umat islam mengetahuinya.Terlintas daku dan terfikir untuk aku bekongsi kepada semua pembaca.

Pada tangal tersebut telah turunya kitab suci Al-quraan yang merupakan pedoman dan panduan untuk umat islam dan seluruh alam.Peristiwa yang bersejarah ini terjadi ketika Baginda S.A.W sedang berkhalwat di Gua Hira' di Jabal Nur.Pada saat itu datanglah Malaikat Jibril lalu memeluk Baginda S.A.W dengan kuat dan sangat mengerunkan lalu berkata : "Bacalah" , lalu Baginda S.A.W berkata : "Aku tidak tahu membaca".Lalu Malaikat Jibril berulangkali mengatakan sedemikian sebanyak tiga kali dan jawapan Baginda tetap sama.

Akhirnya Jibril membacakan wahyu pertama yang diturunkan oleh Baginda itu dan Baginda S.A.W mengikut apa yang dibacakan oleh Jibril, dan setelah itu Jibril pon pergi.Wahyu pertama yang diturunkan kepada Baginda S.A.W itu terdapat didalam surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5.Dan setelah itu Baginda S.A.W segera pulang kerumahnya yang dalam keadaan ketakutan dan tubuhnya mengigil.Baginda meminta isterinya Saidatina Khadijah untuk menyelimutinya dan Saidatina Khadijah merasa sungguh hairan.

Setelah rasa takutnya hilang Baginda S.A.W menceritakan peristiwa yang dilaluinya itu kepada Saidatina Khadijah.Maka Saidatina Khadijah berusaha menenangkan hati Baginda dengan berkata : " Wahai suamiku ,engkau adalah orang yang benar dalam segala urusan, bersifat jujur dan pemaaf, suka membantu orang yang didalam kesusahan dan memiliki sifat yang mulia, yakinlah Wahai suamiku, sesunguhnya Tuhan tidak akan menghinamu buat selama-lamanya.

Lalu Saidatina Khadijah membawa Baginda Nabi Muhammad S.A.W berjumpa dengan bapa saudaranya Waraqah bin Naufal yang merupakan seorang penganut agama Nasrani dan juga Ahli Injil.Beliau menceritakan kisah tersebut kepadanya tentang apa yang telah terjadi kepada Baginda S.A.W.Maka Waraqah berkata : " Sesungguhnya yang datang kepada Muhammad itu adalah Malaikat Jibril A.S .Dialah malaikat yang datang kepada Nabi Musa dan Nabi-Nabi yang sebelumnya.Aku berjanji, jika umurku panjang nescaya aku akan membantu pejuanganmu Ya Muhammad.

Begitula kisah-kisahnya sedikit sebanyak yang perlu kita ketahui, peristiwa turunya Wahyu Al-Quraan yang pertama ini terjadi pada tarikh 17 Ramadhan.

WALLAHUALAM

Sunday 30 August 2009

MANISNYA SEBUAH KEJAYAAN INSPIRASI SETIAP INSAN


Setiap manusia yang berada didunia ini mempunyai matlamat dan cita-cita
tersendiri.dan disetiap cita-cita itu perlulah ada dengan sebuah kesungguhan
yang akan membantu kita untuk mencapai matlamat yang kita impikan.

Semua manusia didalam dunia ini iginkan kejayaan,baik dari semua segi aspek
sudut dan segalanya sama ada didalam pelajaran, pekerjaan didalam kehidupan
seharian yang serba mencabar.

Cuba kita tanyakan pada seseorang tentang yang mnghadapi ujian contohnya
didalam peperiksaan pembelajaran atau didalam aspek pekerjaan,semuanya inginkan
kejayaan.. betul.


Aku dapat membayangkan seorang rakanku yang telah lulus didalam peperiksaan,
aku gambarkan didalam benak fikiranku betapa sukanya dan gembiranya beliau,
dengan kejayaan yang diperolehinya merasakan satu kebangaan didalam diri
dan bersyukur disetiap usha yang dilakukanya.

Dan melihat dari sudut yang lain pula aku bangga dengan seorang kawanku
yang telah berjaya didalam kehidupanny.Dia kini telah bergelar seorang ayah,
walaupun didalam usia yang muda, beliau telah berjaya mengharungi kehidupannya.

Alhamdulillah kemanisan kejayaan dan kegembiraan dapat juga ku rasakan,setelah
diuji akhirnya aku najah didalam peperiksaan baru-baru ni.Aku mearsa sangat gembira
bersyukurpada Ilahi yang mana aku dapat menikmatinya seperti orang lain mendapatnya.

Cabaran dan dugaan mestila kita kena tempuhi sebelum kita hendak mendapatkan
hasilnya,dengan setiap pengorbanan kita, akan nampakla apa hasilnya, jika kita menuai
padi sebendang, maka sebendangla hasilnya, jika kita menuai nya lebih,maka lebihla
dapatnya.

MANJADDA WAJADA-Barang siapa bersungguh-sungguh dia yang dapat.Semoga
dengan apa yang aku lontarkan ini menjadi satu semangat bagiku dan semoga menjadi
batu loncatan bagiku untuk berusaha dan sama-sama dapat meningatkan kearah kebaikan
dan hasilnya mendapat kemanisan kejayaan,kerana kejayaan itu merupakan inspirasi
setiap insan.

DOA APABILA TERLUPA SETELAH BERJANJI UNTUK MELAKUKAN SESUATU


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


إِلا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ وَاذْكُر رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَى أَنْ يَهْدِيَنِ رَبِّي لأقْرَبَ مِنْ هَذَا رَشَدًا

MAKSUDNYA:

Melainkan (hendaklah disertakan Dengan berkata): "Insya Allah". dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika Engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk Yang lebih dekat dan lebih terang dari ini". (18:24)

RAMADHAN


Alhamdulillah,lama rasanya x update blog.Seminggu sudah ramadhan telah
berlalu banyak hari yang telah kita dan khususnya aku tempohi.Ramadhan adalah bulan yang teristimewa buat umat Nabi Muhammad s.a.w. Ramadhan ertinya pahala bagi orang yang berpuasa dan akan membakar dosa-dosa kita yang telah lalu.Dalam erti kata lain,ramadhan ertinya panas terik atau terbakar.dinamakan demikian kerana pada bulan ini di Jazirah Tanah Arab sangat panas, sehingga jikalau berada dipadang pasir merasa sangat panas dan sangat bahang...

ALLAH telah mewajibkan umatnya berpuasa didalam bulan yang mulia ini..
Firman ALLAH swt: "hai orang-orang yang beriman , diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"

Berdasarkan ayat diatas ALLAH telah meletakkan kalimah PUASA diantara kalimah iman dan taqwa.Ini menunjukkan bahawa puasa merupakan tuntutan dan wasilah untuk mencapai ketaqwaan kepada ALLAH bagi mereka yang benar-benar beriman denganNYA.Malah puasa merupakan ibadah yang teristimewa dan banyak kelebihanya yang kita ketahui berbanding bulan-bulan yang lain..

Didalam bulan ini kita hendaklah mempunyai sifat sabar untuk mentarbiyah kita menempuhi liku liku ramadhan.Maksudnya kita menunaikan ibadah puasa dengan sebaik-baiknya seperti banyakkan membaca al-quraan, membendung nafsu, mengawal pandangan, menjaga lidah, dan salah satunya bersabar menahan lapar dan dahaga..Nilai kehidupan duniawi kita akan diuji oleh kemampuan rohani dalam mengendalikanya..jika lebih baik sifat ini kita tarbiyah didalam bulan ini dan kita bawanya disepanjan hidup kita.

Hadis Nabi s.a.w ada bersabda bahawa " Puasa adalah separuh dari sabar dan sabar adalah sebahagian daripada iman "
Imam Al-Ghazali juga ada menyatakan didalam kitabnya Ihya'ulumuddin yang menyatakan bahawa puasa adalah seperempat dari iman..

Banyak kelebihan-kelebihan yang ada dibulan yang mulia ini.setiap amalan ibadah yang kita lakukan akan digandakan dan mendapat rahmat darinya.Sehinggakan bau mulut orang yang berpuasa adalah lebih harum dari bau kasturi.Lihatla betapa besarnya kelebihan yang ALLAH anugerahkan, jadi kita jaganla gosok gigi semasa berpuasa, biarla jela baunya..

Sabda Rasullullah S.A.W: " Tidur orang yang berpuasa di bulan Ramadhan adalah ibadat, nafasnya adalah tasbih, doanya mustajab,dosanya diampunkan Allah dan pahalanya digandakan oleh Allah swt "

Sebagaimana yang kita tahu 10 ramadhan yang pertama adalah RAHMAT, 10 malam yang kedua adalah PENGAMPUNAN, dan 10 malam yang terakhir adalah TERLEPASNYA DARI AZAB NERAKA..Masya ALLAH Tabarakallah,sungguh besar janji-janji Allah yang diberikan pada umat akhir zaman ini.

Didalam bulan yang mulia ini juga banyak perkara-perkara yang baik berlaku dan perlu kita ketahui antaranya turunya Al-Quraan berlakunya Perang Badar, dan adanya Lailatul Qadr iaitu malam yang paling mulia yang mana malam ini dinanti-nantikan oleh orang yang bertaqwa kerana orang yang beribadah pada malam ini seumpama beribadah sebanyak 1000 bulan..

Oleh itu marila kita melakukan amal ibadah yang terbaik didalam bulan yang mulia ini yang mana sudah pasti akan janji-janji Allah yang terbaik yang akan diberikan untuk umatnya.Iginku memohan ampun dan maaf diatas kesalahan dan kesilapan yang telah aku lakukan,supaya setiap ramadhan yang kita tempuhi mendapat keberkatan dari ILAHI..

RAMADHAN KARIMM

Thursday 13 August 2009

TAK SABARNYE...


ohh kekasihku,
x sabar rasanye ku menunggumu,
hatiku rasa gembira dan terharu,
bila mana diriku menghitugmu,
setiap detik dan waktu,

di seluruh pelusuk alam kau mesra,
dengan kehadiranmu yang sangat dialu-alukan,
dengan datangmu penuh keserian..

seribu barakahmu disebar mewangi,
untuk diisi dengan hati yang suci,
juga untuk merebut fadilat yang diberi,
kerana janji-janjimu yang amat pasti..

wahai kekasihku,
ampunila dosa dosaku yang lalu,
juga banyak kesalahanku yang lalu,
untuk menempuh kekasihmu,
agar diri ini diredhoi selalu...

istimewa untuk umat MUHAMMAD S.A.W,
kerana banyak barakah yang melimpah,
kepadanya yang mengerti akan mewarnai,
dan yang mnegerti nikmatnya mndapat ganjaran ILAHI..

sorak-sorai bahagia,
juga menangisi kehadiranmu,
x kira usia,tempat,budaya di setiap waktu,
ada juga yang berlagu riang dengan kedatanganmu,
x sabar rasanya aku menunggu...

dua tiga kucing bergembire,
mane nak same si kucing belang,
dua tiga boleh kukire,
x sabar rasanye dia nak datang...

DAHHHH....

Erm x sabarnye aku nak menuggu,
alasyan bulan ni memeng paling gembire dan meriah untuk umat Nabi Muhammad S.AW,tap tup tap tup skang dah 23 syaaban tinggal 7 hari lagi,nak2 orang kat tanah arab ni lagila suka sangat x sabar bg diorang,klau tanye amu2 n sumela orang kat sini
mesti diorang suke n seronok punye,tapi same jerk semua tempatpon cume budaye orang arab lebih meriah lagi untuk menyambut bulan ni.papepun marila kite sesama berdoa agar dapat menyambutnye dengan tenang dan dihapuskan dosa2kita yang lalu agar kita dapat laluinye dengan tenang dan hati yang suci kerana itulah ia bulan RAMADHAN....

Tuesday 11 August 2009

DOA AGAR PEROLEH KELAPANGAN HATI...


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ ( ١)وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ ( ٢)الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ ( ٣)وَرَفَعْنَا لَكَ ذِآْرَكَ ( ٤)فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
( ٥)إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ( ٦)فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ ( ٧)وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ ( ٨

MAKSUDNYA:

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk)? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) - Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan Dalam melaksanakannya)? Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha...