Ahli Bait

Ahli Bait

Sunday 2 August 2009

LIMA CARA UNTUK KITA SYUKURI NIKMAT ALLAH


Bersyukur
itu adalah salah satu cara untuk kita berterimakasih jepada ALLAH ke atas segala nikmat yang diberikan olehnya.Oeh itu marila kita besyukur...

Bagimanakah cara dan bentuk bersyukur yang perlu kita lakukan? sebenarnya ada lima bentuk nikmat syukur yang perlu kita renungkan.

1-Yakinlah segala nikmat itu datang daripada Allah.

2-Apabila kita mendapat pujian kerana sesuatu kelebihan, pulangkan kepada Pemberinya iaitu Allah. Kalau kita cerdik, ucap saja 'alhamdulillah' (segala puji bagi Allah) kerana yang memberi otak dan kecerdikan ialah Allah.

3-Terima kasih pada orang yang menjadikan penyebab nikmat. Bila cerdik kena syukur juga pada orang yang membantu kita cerdik seperti guru dan ibu ayah dah orang2 yang berilmu.

4-Jadikan segala nikmat diperoleh sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah. ( Jika kita mendapat anak misalnya, cara bersyukur ialah didik anak betul-betul hingga menjadi orang berguna pada agama, bangsa dan negara. Mereka yang menjadi guru dan mempunyai ilmu patut berkhidmat dengan ikhlas untuk umat.)

5-Ceritakan nikmat anugerah Allah itu kepada orang lain. Memperlihatkan sebahagian nikmat adalah termasuk dalam erti kata syukur. Tetapi dalam bab ini, kita mesti berhati-hati, kerana dibimbangi mengundang riya'.

Sesunguhnya bersyukur itu adalah sangat besar kedudukanya dalam ISLAM.Tetapi sekiranya kita x bersyukur maka akan jadi kufur..

Selain itu banyakkanla kita sujud syukur sebagai tanda terima kasih kita kepadaNYA...

WALLAHUALAM....

0 comments:

Post a Comment