Ahli Bait

Ahli Bait

Sunday 30 August 2009

MANISNYA SEBUAH KEJAYAAN INSPIRASI SETIAP INSAN


Setiap manusia yang berada didunia ini mempunyai matlamat dan cita-cita
tersendiri.dan disetiap cita-cita itu perlulah ada dengan sebuah kesungguhan
yang akan membantu kita untuk mencapai matlamat yang kita impikan.

Semua manusia didalam dunia ini iginkan kejayaan,baik dari semua segi aspek
sudut dan segalanya sama ada didalam pelajaran, pekerjaan didalam kehidupan
seharian yang serba mencabar.

Cuba kita tanyakan pada seseorang tentang yang mnghadapi ujian contohnya
didalam peperiksaan pembelajaran atau didalam aspek pekerjaan,semuanya inginkan
kejayaan.. betul.


Aku dapat membayangkan seorang rakanku yang telah lulus didalam peperiksaan,
aku gambarkan didalam benak fikiranku betapa sukanya dan gembiranya beliau,
dengan kejayaan yang diperolehinya merasakan satu kebangaan didalam diri
dan bersyukur disetiap usha yang dilakukanya.

Dan melihat dari sudut yang lain pula aku bangga dengan seorang kawanku
yang telah berjaya didalam kehidupanny.Dia kini telah bergelar seorang ayah,
walaupun didalam usia yang muda, beliau telah berjaya mengharungi kehidupannya.

Alhamdulillah kemanisan kejayaan dan kegembiraan dapat juga ku rasakan,setelah
diuji akhirnya aku najah didalam peperiksaan baru-baru ni.Aku mearsa sangat gembira
bersyukurpada Ilahi yang mana aku dapat menikmatinya seperti orang lain mendapatnya.

Cabaran dan dugaan mestila kita kena tempuhi sebelum kita hendak mendapatkan
hasilnya,dengan setiap pengorbanan kita, akan nampakla apa hasilnya, jika kita menuai
padi sebendang, maka sebendangla hasilnya, jika kita menuai nya lebih,maka lebihla
dapatnya.

MANJADDA WAJADA-Barang siapa bersungguh-sungguh dia yang dapat.Semoga
dengan apa yang aku lontarkan ini menjadi satu semangat bagiku dan semoga menjadi
batu loncatan bagiku untuk berusaha dan sama-sama dapat meningatkan kearah kebaikan
dan hasilnya mendapat kemanisan kejayaan,kerana kejayaan itu merupakan inspirasi
setiap insan.

0 comments:

Post a Comment