Ahli Bait

Ahli Bait

Sunday 30 August 2009

RAMADHAN


Alhamdulillah,lama rasanya x update blog.Seminggu sudah ramadhan telah
berlalu banyak hari yang telah kita dan khususnya aku tempohi.Ramadhan adalah bulan yang teristimewa buat umat Nabi Muhammad s.a.w. Ramadhan ertinya pahala bagi orang yang berpuasa dan akan membakar dosa-dosa kita yang telah lalu.Dalam erti kata lain,ramadhan ertinya panas terik atau terbakar.dinamakan demikian kerana pada bulan ini di Jazirah Tanah Arab sangat panas, sehingga jikalau berada dipadang pasir merasa sangat panas dan sangat bahang...

ALLAH telah mewajibkan umatnya berpuasa didalam bulan yang mulia ini..
Firman ALLAH swt: "hai orang-orang yang beriman , diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"

Berdasarkan ayat diatas ALLAH telah meletakkan kalimah PUASA diantara kalimah iman dan taqwa.Ini menunjukkan bahawa puasa merupakan tuntutan dan wasilah untuk mencapai ketaqwaan kepada ALLAH bagi mereka yang benar-benar beriman denganNYA.Malah puasa merupakan ibadah yang teristimewa dan banyak kelebihanya yang kita ketahui berbanding bulan-bulan yang lain..

Didalam bulan ini kita hendaklah mempunyai sifat sabar untuk mentarbiyah kita menempuhi liku liku ramadhan.Maksudnya kita menunaikan ibadah puasa dengan sebaik-baiknya seperti banyakkan membaca al-quraan, membendung nafsu, mengawal pandangan, menjaga lidah, dan salah satunya bersabar menahan lapar dan dahaga..Nilai kehidupan duniawi kita akan diuji oleh kemampuan rohani dalam mengendalikanya..jika lebih baik sifat ini kita tarbiyah didalam bulan ini dan kita bawanya disepanjan hidup kita.

Hadis Nabi s.a.w ada bersabda bahawa " Puasa adalah separuh dari sabar dan sabar adalah sebahagian daripada iman "
Imam Al-Ghazali juga ada menyatakan didalam kitabnya Ihya'ulumuddin yang menyatakan bahawa puasa adalah seperempat dari iman..

Banyak kelebihan-kelebihan yang ada dibulan yang mulia ini.setiap amalan ibadah yang kita lakukan akan digandakan dan mendapat rahmat darinya.Sehinggakan bau mulut orang yang berpuasa adalah lebih harum dari bau kasturi.Lihatla betapa besarnya kelebihan yang ALLAH anugerahkan, jadi kita jaganla gosok gigi semasa berpuasa, biarla jela baunya..

Sabda Rasullullah S.A.W: " Tidur orang yang berpuasa di bulan Ramadhan adalah ibadat, nafasnya adalah tasbih, doanya mustajab,dosanya diampunkan Allah dan pahalanya digandakan oleh Allah swt "

Sebagaimana yang kita tahu 10 ramadhan yang pertama adalah RAHMAT, 10 malam yang kedua adalah PENGAMPUNAN, dan 10 malam yang terakhir adalah TERLEPASNYA DARI AZAB NERAKA..Masya ALLAH Tabarakallah,sungguh besar janji-janji Allah yang diberikan pada umat akhir zaman ini.

Didalam bulan yang mulia ini juga banyak perkara-perkara yang baik berlaku dan perlu kita ketahui antaranya turunya Al-Quraan berlakunya Perang Badar, dan adanya Lailatul Qadr iaitu malam yang paling mulia yang mana malam ini dinanti-nantikan oleh orang yang bertaqwa kerana orang yang beribadah pada malam ini seumpama beribadah sebanyak 1000 bulan..

Oleh itu marila kita melakukan amal ibadah yang terbaik didalam bulan yang mulia ini yang mana sudah pasti akan janji-janji Allah yang terbaik yang akan diberikan untuk umatnya.Iginku memohan ampun dan maaf diatas kesalahan dan kesilapan yang telah aku lakukan,supaya setiap ramadhan yang kita tempuhi mendapat keberkatan dari ILAHI..

RAMADHAN KARIMM

0 comments:

Post a Comment