Ahli Bait

Ahli Bait

Sunday 30 August 2009

MANISNYA SEBUAH KEJAYAAN INSPIRASI SETIAP INSAN


Setiap manusia yang berada didunia ini mempunyai matlamat dan cita-cita
tersendiri.dan disetiap cita-cita itu perlulah ada dengan sebuah kesungguhan
yang akan membantu kita untuk mencapai matlamat yang kita impikan.

Semua manusia didalam dunia ini iginkan kejayaan,baik dari semua segi aspek
sudut dan segalanya sama ada didalam pelajaran, pekerjaan didalam kehidupan
seharian yang serba mencabar.

Cuba kita tanyakan pada seseorang tentang yang mnghadapi ujian contohnya
didalam peperiksaan pembelajaran atau didalam aspek pekerjaan,semuanya inginkan
kejayaan.. betul.


Aku dapat membayangkan seorang rakanku yang telah lulus didalam peperiksaan,
aku gambarkan didalam benak fikiranku betapa sukanya dan gembiranya beliau,
dengan kejayaan yang diperolehinya merasakan satu kebangaan didalam diri
dan bersyukur disetiap usha yang dilakukanya.

Dan melihat dari sudut yang lain pula aku bangga dengan seorang kawanku
yang telah berjaya didalam kehidupanny.Dia kini telah bergelar seorang ayah,
walaupun didalam usia yang muda, beliau telah berjaya mengharungi kehidupannya.

Alhamdulillah kemanisan kejayaan dan kegembiraan dapat juga ku rasakan,setelah
diuji akhirnya aku najah didalam peperiksaan baru-baru ni.Aku mearsa sangat gembira
bersyukurpada Ilahi yang mana aku dapat menikmatinya seperti orang lain mendapatnya.

Cabaran dan dugaan mestila kita kena tempuhi sebelum kita hendak mendapatkan
hasilnya,dengan setiap pengorbanan kita, akan nampakla apa hasilnya, jika kita menuai
padi sebendang, maka sebendangla hasilnya, jika kita menuai nya lebih,maka lebihla
dapatnya.

MANJADDA WAJADA-Barang siapa bersungguh-sungguh dia yang dapat.Semoga
dengan apa yang aku lontarkan ini menjadi satu semangat bagiku dan semoga menjadi
batu loncatan bagiku untuk berusaha dan sama-sama dapat meningatkan kearah kebaikan
dan hasilnya mendapat kemanisan kejayaan,kerana kejayaan itu merupakan inspirasi
setiap insan.

DOA APABILA TERLUPA SETELAH BERJANJI UNTUK MELAKUKAN SESUATU


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


إِلا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ وَاذْكُر رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَى أَنْ يَهْدِيَنِ رَبِّي لأقْرَبَ مِنْ هَذَا رَشَدًا

MAKSUDNYA:

Melainkan (hendaklah disertakan Dengan berkata): "Insya Allah". dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika Engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk Yang lebih dekat dan lebih terang dari ini". (18:24)

RAMADHAN


Alhamdulillah,lama rasanya x update blog.Seminggu sudah ramadhan telah
berlalu banyak hari yang telah kita dan khususnya aku tempohi.Ramadhan adalah bulan yang teristimewa buat umat Nabi Muhammad s.a.w. Ramadhan ertinya pahala bagi orang yang berpuasa dan akan membakar dosa-dosa kita yang telah lalu.Dalam erti kata lain,ramadhan ertinya panas terik atau terbakar.dinamakan demikian kerana pada bulan ini di Jazirah Tanah Arab sangat panas, sehingga jikalau berada dipadang pasir merasa sangat panas dan sangat bahang...

ALLAH telah mewajibkan umatnya berpuasa didalam bulan yang mulia ini..
Firman ALLAH swt: "hai orang-orang yang beriman , diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"

Berdasarkan ayat diatas ALLAH telah meletakkan kalimah PUASA diantara kalimah iman dan taqwa.Ini menunjukkan bahawa puasa merupakan tuntutan dan wasilah untuk mencapai ketaqwaan kepada ALLAH bagi mereka yang benar-benar beriman denganNYA.Malah puasa merupakan ibadah yang teristimewa dan banyak kelebihanya yang kita ketahui berbanding bulan-bulan yang lain..

Didalam bulan ini kita hendaklah mempunyai sifat sabar untuk mentarbiyah kita menempuhi liku liku ramadhan.Maksudnya kita menunaikan ibadah puasa dengan sebaik-baiknya seperti banyakkan membaca al-quraan, membendung nafsu, mengawal pandangan, menjaga lidah, dan salah satunya bersabar menahan lapar dan dahaga..Nilai kehidupan duniawi kita akan diuji oleh kemampuan rohani dalam mengendalikanya..jika lebih baik sifat ini kita tarbiyah didalam bulan ini dan kita bawanya disepanjan hidup kita.

Hadis Nabi s.a.w ada bersabda bahawa " Puasa adalah separuh dari sabar dan sabar adalah sebahagian daripada iman "
Imam Al-Ghazali juga ada menyatakan didalam kitabnya Ihya'ulumuddin yang menyatakan bahawa puasa adalah seperempat dari iman..

Banyak kelebihan-kelebihan yang ada dibulan yang mulia ini.setiap amalan ibadah yang kita lakukan akan digandakan dan mendapat rahmat darinya.Sehinggakan bau mulut orang yang berpuasa adalah lebih harum dari bau kasturi.Lihatla betapa besarnya kelebihan yang ALLAH anugerahkan, jadi kita jaganla gosok gigi semasa berpuasa, biarla jela baunya..

Sabda Rasullullah S.A.W: " Tidur orang yang berpuasa di bulan Ramadhan adalah ibadat, nafasnya adalah tasbih, doanya mustajab,dosanya diampunkan Allah dan pahalanya digandakan oleh Allah swt "

Sebagaimana yang kita tahu 10 ramadhan yang pertama adalah RAHMAT, 10 malam yang kedua adalah PENGAMPUNAN, dan 10 malam yang terakhir adalah TERLEPASNYA DARI AZAB NERAKA..Masya ALLAH Tabarakallah,sungguh besar janji-janji Allah yang diberikan pada umat akhir zaman ini.

Didalam bulan yang mulia ini juga banyak perkara-perkara yang baik berlaku dan perlu kita ketahui antaranya turunya Al-Quraan berlakunya Perang Badar, dan adanya Lailatul Qadr iaitu malam yang paling mulia yang mana malam ini dinanti-nantikan oleh orang yang bertaqwa kerana orang yang beribadah pada malam ini seumpama beribadah sebanyak 1000 bulan..

Oleh itu marila kita melakukan amal ibadah yang terbaik didalam bulan yang mulia ini yang mana sudah pasti akan janji-janji Allah yang terbaik yang akan diberikan untuk umatnya.Iginku memohan ampun dan maaf diatas kesalahan dan kesilapan yang telah aku lakukan,supaya setiap ramadhan yang kita tempuhi mendapat keberkatan dari ILAHI..

RAMADHAN KARIMM

Thursday 13 August 2009

TAK SABARNYE...


ohh kekasihku,
x sabar rasanye ku menunggumu,
hatiku rasa gembira dan terharu,
bila mana diriku menghitugmu,
setiap detik dan waktu,

di seluruh pelusuk alam kau mesra,
dengan kehadiranmu yang sangat dialu-alukan,
dengan datangmu penuh keserian..

seribu barakahmu disebar mewangi,
untuk diisi dengan hati yang suci,
juga untuk merebut fadilat yang diberi,
kerana janji-janjimu yang amat pasti..

wahai kekasihku,
ampunila dosa dosaku yang lalu,
juga banyak kesalahanku yang lalu,
untuk menempuh kekasihmu,
agar diri ini diredhoi selalu...

istimewa untuk umat MUHAMMAD S.A.W,
kerana banyak barakah yang melimpah,
kepadanya yang mengerti akan mewarnai,
dan yang mnegerti nikmatnya mndapat ganjaran ILAHI..

sorak-sorai bahagia,
juga menangisi kehadiranmu,
x kira usia,tempat,budaya di setiap waktu,
ada juga yang berlagu riang dengan kedatanganmu,
x sabar rasanya aku menunggu...

dua tiga kucing bergembire,
mane nak same si kucing belang,
dua tiga boleh kukire,
x sabar rasanye dia nak datang...

DAHHHH....

Erm x sabarnye aku nak menuggu,
alasyan bulan ni memeng paling gembire dan meriah untuk umat Nabi Muhammad S.AW,tap tup tap tup skang dah 23 syaaban tinggal 7 hari lagi,nak2 orang kat tanah arab ni lagila suka sangat x sabar bg diorang,klau tanye amu2 n sumela orang kat sini
mesti diorang suke n seronok punye,tapi same jerk semua tempatpon cume budaye orang arab lebih meriah lagi untuk menyambut bulan ni.papepun marila kite sesama berdoa agar dapat menyambutnye dengan tenang dan dihapuskan dosa2kita yang lalu agar kita dapat laluinye dengan tenang dan hati yang suci kerana itulah ia bulan RAMADHAN....

Tuesday 11 August 2009

DOA AGAR PEROLEH KELAPANGAN HATI...


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ ( ١)وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ ( ٢)الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ ( ٣)وَرَفَعْنَا لَكَ ذِآْرَكَ ( ٤)فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
( ٥)إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ( ٦)فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ ( ٧)وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ ( ٨

MAKSUDNYA:

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk)? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) - Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan Dalam melaksanakannya)? Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha...

Thursday 6 August 2009

YAUMUL JUMA'AH SAY'YIDUL AYYAM...


Hari jumaat adalah hari yang paling mulia.
Disebutkan juga hari jumaat adalah lebih utama dari hari-hari yang lain " Sayyidul Ayyam " iaitu ( Penghulu segala hari )

Salah satu sebab kenapa hari jumaat menjadi keutamaan
atau penghulu segala hari adalah kerana pada hari itu sahaja ada nya solat jumaat,tiada pada hari khamis sabtu ahad dan hari-hari yang lain.Solat jumaat juga yang mana
mewajibkan semua umat islam khususnya bg lelaki untuk
solat jumaat dan mendengar khutbah selain untuk
berkumpul,berbincang bertanyakan kabar sesama sahabat muslim.

Solat jumaat juga bnyak keistimewaanya yang mana
solat jumaat tidak dianggap sah jika tiada khutbah sebelumnya.
Dan bagi lelaki yang mukhallaf jika tidak menunaikan solat jumaat dengan sengaja selama tiga kali berturut-turut adalah terbatal syahadahnya..

Seperti yang kita ketahui banyak perkara penting yang
baik berlaku pada haru jumaat diantaranya:

-Diciptakan dan wafatnya Nabi Adam A.S
-Diturunkan Nabi Adam ke muka bumi
-Rasullullah berkahwin dengan Siti Khadijah dan juga Sidatina Aisyah
-Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis
-Semua roh-roh orang islam berkumpul
-terdapat waktu yang mustajab
-Awal kehancuran alam semesta ( kiamat )
= dan banyak lagi la kalau nak ditulis.....

Selain itu pada hari jumaat juga kita digalakkan untuk melakukan
amalan-amalan sunat seperti mandi jumaat,memakai pakaian bersih putih,memakai wangi-wangian,memotong kuku-rambut dan yang sewaktu dgnnya,mencukur kumis dll..

Amalan lain yang perlu juga kita lakukan
pada hari tersebut seperti membaca surah Al-khafi surah Yasiin,memperbanyakkan
berselawat dan membaca surah ikhlas..dan kita juga digalakkan memaafkan orang lain beristighfar dan bermuhasabah diri...

Di dalam HADIS, Abdullah bin Munzir meriwayatkan bahawa Rasullulah S.A.W telah besabda :

"Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari Raya Fitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu : Penciptaan Adam. Pada hari itu juga dikeluarkan dia dari syurga. Pada hari itu juga, dia wafat. Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram. Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat".

Hadis Riwayat Ibnu Majah & Al-Baihaqi

Oleh iti marila kita bersama-sama ingat mengingati sesama kita untuk
melakukan amalan ibadah yang terbaik.Berpesan pesanla
seseorang itu dangan amalan yang mulia....


WALLAHUALAM.....

Monday 3 August 2009

SOLAT DAN LIMA JENIS CARA MANUSIA MENGERJAKANYA...


* Jenis Pertama

Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.
* Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

WALLAHUALAM...

KEUTAMAAN MEMBACA DAN MENGKAJI AL-QUR’AN...


Didalam
AL-QUR’AN:

ALLAH S.W.T berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab
Allah swt dan mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebagian dari rizki
yang Kami anugerahkan kepada mereka dengaan diam-diam dan terangterangan,
mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi. Agar
Allah swt menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah
kepada mereka dari anugerah-Nya. Sesungguhnya Allah swt Maha Pengampun
lagi Maha Mensyukuri.” (QS Fathiir 35:29-30)

Didalam HADIS:

Diriwayatkan drpd Usman R.a,katanya Rasulullah S.A.W bersabda: "Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-quran dan mengajarkan."
( Riwayat Abu AbdillahMuhammad bin Ismail bin Ibrahim AL-Bukhari dalam sahihnya...)

Diriwayatkan daipada Umar bin Al-Khattab R.a,Rsullullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya ALLAH S.W.T mengangkat darjat beberapa golongan manusia dengan kalam ini dan merendahkan darjat golongan lainya.."
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas R.a, katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya orang yang tidak terdapat dalam rongga
badannya sesuatu dari Al-Qur’an adalah seperti rumah yang roboh."
(Riwayat Tirmidzi dan katanya: hadits hasan sahih)

Diriwayatkan dari Mu’adz bin Anas R.a bahwa Rasulullah S.A.W bersabda:

"Barangsiapa membaca Al-Qur’an dan mengamalkan isinya,
Allah memakaikan pada kedua orang tuanya di hari kiamat suatu mahkota yang
sinarnya lebih bagus dari pada sinar matahari di rumah-rumah di dunia. Maka
bagaimana tanggapanmu terhadap orang yang mengamalkan ini..."
( Riwayat Abu Dawud )


Sumber dari:AT-Tibyaan Fii Aadaabi Hamalatil Quran
( Imam Nawawi )

WALLAHUALAM...

Sunday 2 August 2009

DOA MENDERITA APABILA SAKIT GIGI....


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


قُلْ هُوَ الَّذِي أَنْشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالأبْصَارَ وَالأفْئِدَةَ قَلِيلا مَا تَشْكُرُونَ --٢٣

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Allah Yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur". (67: 23)
Menurut al-Khatib dalam kitab al-Tarikh dan Ibn Munzir daripada Ibn Abbas berkata, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang mengalami sakit gigi, maka hendaklah dia meletakkan jarinya atas gigi tersebut lalu dibacakan ayat ini.” (al-Durrul Manthur, tafsir ayat 23, surah al-Mulk)
Ad-daruqutni pula meriwayatkan dalam al-Afrad daripada Ibn Abbas berkata, Nabi s.a.w. bersabada, maksudnya: “Sesiapa meletakkan jarinya atas gigi tersebut lalu dibacakan ayat ke-98 surah al-an’am dan ayat ini, maka dia akan sembuh dengan izin Allah s.w.t.” (al-Durrul Manthur, tafsir ayat 23, surah al-Mulk)

BELAJARLA TERIMA PANDANGAN ORANG LAIN...


MANUSIA yang lemah hanya mementingkan dirinye sendiri. Baginya orang lain belakang kira, langsung x diendahkan.

Antara jenis pentingkan diri ialah x mau mendengar suara orang di sekitarnya. Cuma yang dia nak dengar ialah suara nafsu dan keinginannya saja, walaupun kadangkala orang menderita disebabkan sikapnya.

Suara luar, rintihan yang di sekelilingnya tidak diendahkannya. Baginya itu semua tidak penting.

Nabi Sulaiman a.s sanggup mendengar suara dan pendapat luar walaupun daripada seekor burung hud-hud mengenai negeri Saba'...

Begitu juga Nabi Muhammad s.a.w mendengar pendapat dan pandangan sahabat, kemudian bersama berfikir mengenai cadangan dan akhirnya melaksanakan kesimpulan yang dipersetujui. Bukankah itu memberikan kejayaan!

Pemimpin yang baik ialah mereka yang dapat menyentuh hati golongan dipimpin. Tetapi sebelum kita dapat menyentuh yang dipimpin, kita semestinya menyelami apa ada dalam hati mereka..

Hendak menyelami hati mesti mendengar dulu suara mereka. Semestinya kita menjadi pendengar yang baik...

Dalam kehidupan seharian antara suara yang perlu kita dengar ialah:

1. Suara mereka yang dekat dengan kita seperti suara hati suami, isteri, anak, teman dan sahabat kita.

Luangkan masa mendengar sama ada pujian atau teguran. Tunjukkan wajah yang simpati dan tindak balas.

Hindarilah wajah yang dingin kerana ia akan melukakan mereka yang sedang berkomunikasi dengan kita. Banyak orang yang suka ceritanya didengari daripada memenuhi permintaan.

2. Suara pelanggan. Kepada yang ingin berjaya luangkanlah waktu untuk mendengar suara pelanggan (terutama peniaga dan pemberi perkhidmatan) dan mendengar suara umat (bagi golongan pendakwah atau pakar motivasi) kerana kadangkala ilmu dan hikmah datang daripada suara mereka ini.

Apabila suara mereka mengandungi makian hadapilah dengan positif dan sangka baik serta cuba perbaiki diri.

Jika suara mereka mengandungi pujian pertahankan pujian dengan mempertingkatkan kualiti.

3. Suara lawan. Suara lawan memang sukar untuk diterima, malah kadang-kadang disambut dengan lawan juga.

Bagi mereka yang bijaksana, suara lawan sebenarnya sangat berharga. Melalui kritikan mereka kita mengetahui lemah kita, bahkan yang cacat akan diperbaiki..

Kata bijak pandai 'apabila lawan kita menceritakan aib kita sebenarnya kita patut berterima kasih kerana dia bersusah meluangkan masa dan fikirannya menasihati kita'.

Cuba fikirkan, berapa banyakkah waktu yang kita pernah guna untuk memperbetulkan dan muhasabah diri kita???

Mulai sekarang marilah kita belajar mendengar, bukan sahaja kata-kata tetapi juga perasaan mereka di sekitar. Nanti mereka juga akan mendengar perasaan kita...

WALLAHUALAM......

LIMA JENIS DAN CONTOH SABAR YANG TERBAIK...


SABAR
merupakan salah satu sifat manusia.Ia bererti untuk melawan dan menahan sesuatu perkara yang tak disukai kepada disukai oleh ALLAH..Sifat ini mestila ada pada setiap diri manusia yang beriman..Didalam HADIS ade menyebutkan "SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN"

Didalam AL-QURAAN telah memerintahkan kita supaya bersifat sabar...Antaranya yang bermaksud "Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200)

Cendiakawan islam ada mengariskan sifat sabar kepada beberapa jenis,iaitu...

1-Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biase,bahkan juga dikalangan Nabi...
( Antara yang dirumuskan Al-Quraan ialah sabar dalam bentuk ini termasukla kesabaran didalam bentuk kefakiran,kelaparan,kesakitan ketika peperangan dan ketakutan,kehilangan wang harta benda dan segalanya...)

2-Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi keinginan syaitan.Antaranya sabar atas tarikan dan rututan nafsu yang rendah dan hina,termasuk bersabar untuk menahan perasaan marah...

3-Sabar terhadap kemewahan dan bersabar terhadap keistimewaan orang lain...

4-Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak dugaan.Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada ketenangan.malah malas pula untuk melakukan ketaatan.. ( kesabaran ini memerlukan tiga peringkat.... )

*sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan,perlulah memperbaiki niat dan ikhlas,dan sabar kepada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman..
*ketika mengerjakan ketaatan,hendaklah senbtiase berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkan...
*Selepas mengerjakanya hendakla bersifat sabar daripada melakukan sesuatu yang membatalkan Amal ketaatanya...

5-Sabar terhadap kesusahan dan kepayahan berdakwah kejalan ALLAH.Dakwah kejalan ALLAH adalah sutu usha yang mulia,suci dan murni.Ia adalah warisan daripade Rasul dan Nabi,mempunyai halangan dari musuh yang terbukti kebenaran dan kebaikanye...

( * Harus diingat dakwah kejalan ALLAH dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu , dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan....)

WALLAHUALAM....





LIMA CARA UNTUK KITA SYUKURI NIKMAT ALLAH


Bersyukur
itu adalah salah satu cara untuk kita berterimakasih jepada ALLAH ke atas segala nikmat yang diberikan olehnya.Oeh itu marila kita besyukur...

Bagimanakah cara dan bentuk bersyukur yang perlu kita lakukan? sebenarnya ada lima bentuk nikmat syukur yang perlu kita renungkan.

1-Yakinlah segala nikmat itu datang daripada Allah.

2-Apabila kita mendapat pujian kerana sesuatu kelebihan, pulangkan kepada Pemberinya iaitu Allah. Kalau kita cerdik, ucap saja 'alhamdulillah' (segala puji bagi Allah) kerana yang memberi otak dan kecerdikan ialah Allah.

3-Terima kasih pada orang yang menjadikan penyebab nikmat. Bila cerdik kena syukur juga pada orang yang membantu kita cerdik seperti guru dan ibu ayah dah orang2 yang berilmu.

4-Jadikan segala nikmat diperoleh sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah. ( Jika kita mendapat anak misalnya, cara bersyukur ialah didik anak betul-betul hingga menjadi orang berguna pada agama, bangsa dan negara. Mereka yang menjadi guru dan mempunyai ilmu patut berkhidmat dengan ikhlas untuk umat.)

5-Ceritakan nikmat anugerah Allah itu kepada orang lain. Memperlihatkan sebahagian nikmat adalah termasuk dalam erti kata syukur. Tetapi dalam bab ini, kita mesti berhati-hati, kerana dibimbangi mengundang riya'.

Sesunguhnya bersyukur itu adalah sangat besar kedudukanya dalam ISLAM.Tetapi sekiranya kita x bersyukur maka akan jadi kufur..

Selain itu banyakkanla kita sujud syukur sebagai tanda terima kasih kita kepadaNYA...

WALLAHUALAM....